WELCOME






'WELCOME TO MY BLOG
SUASANA SENJA'

KAWAN-KAWAN

PENGIKUT TEGAR

12 November 2010

Guangzhou China- Sukan Asia 2010


fuhh lepas tengok perarakan masuk kontinjen Malaysia malam tadi
segak berkot, fuhh memang segak terasa nak buat entry pasal ni pulak.

sempat jugak td melambai-lambai ke arah mereka, tapi
depan tv aje la.haha...mungkin lambaian tu sampai ke sana next week kot kalau naik pos express la..haha..(joking)

sukan pada kali ni adalah edisi ke-16. pejam celik dah ke 16 dah ek.


Petikan daripada bernama: (link)

GUANGZHOU, 10 Nov (Bernama) -- Selepas mencapai kejayaan pada Sukan Komanwel ke-19 di New Delhi, India bulan lepas, atlet Malaysia tidak seharusnya terlalu gembira. Ini kerana mereka mempunyai misi yang lebih besar iaitu meneruskan kejayaan itu pada Sukan Asia ke-16 yang akan dibuka secara rasmi di sini, Jumaat. Diketuai Datuk Zolkples Embong, kontinjen Malaysia seramai 477 orang terdiri daripada 333 atlet dan 144 pegawai, mempunyai tugas untuk memenuhi sasaran sembilan pingat emas, sekaligus menjadi pencapaian terbaik negara sejak pertama kali mengambil bahagian pada Sukan Asia di Manila pada 1954. Pada Sukan Asia ke-15 di Doha, Qatar empat tahun lepas, kontinjen Malaysia membawa pulang lapan pingat emas, 17 perak dan 17 gangsa. Pingat emas disumbangkan oleh sukan boling (3), skuasy (2), badminton (1), wushu (1) dan kapal layar (1). Sembilan pingat emas yang diharapkan dari Sukan Asia di Guangzhou ialah daripada acara skuasy, basikal, boling dan wushu. Zolkples yang juga ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) berkata beberapa sukan seperti taekwando, karate dan sukan pelayaran juga mungkin menyumbangkan pingat emas untuk kontinjen negara. "Jika kontinjen dapat memenuhi sasaran sembilan emas, ia adalah bonus jika kita melepasi sasaran sekaligus mencipta rekod baru penyertaan kita dalam Sukan Asia," katanya kepada Bernama. Malaysia akan mengambil bahagian dalam 28 acara sukan dari 42 acara yang dipertandingan di Guangzhou. Sukan yang disertai kontinjen negara ialah akuatik, memanah, olahraga, badminton, biliard, boling, tinju, chess, kriket, basikal, ekuestrian, lawan pedang, bola sepak, golf, gimnastik, hoki, kabaddi, karate, ragbi, sukan pelayaran, sepaktakraw, menembak, skuasy, ping pong, taekwando, wushu, bola tampar dan triathlon. Beliau bagaimanapun mengingatkan kontinjen sukan Asia, yang separuh daripada mereka bertanding di New Delhi, agar tidak terlalu yakin kerana taraf Sukan Asia adalah lebih tinggi daripada Sukan Komanwel. Zolkples juga yakin atlet Malaysia akan meneruskan momentum mereka di Guangzhou dan isu atlet Malaysia tersingkir awal tidak akan timbul. Prospek mendapatkan pingat adalah berbeza antara New Delhi dan Guangzhou, katanya. "Di New Delhi, kita sasarkan emas daripada acara angkat berat, akuatik, memanah dan boling padang. "Di Guangzhou, harapan untuk pingat emas ialah daripada boling, badminton, basikal, skuasy dan wushu. Jadi saya tidak fikir soal atlet kita tersingkir awal akan timbul," katanya. Tidak seperti persiapan sukan Komanwel di New Delhi yang kurang mendapat publisiti, persiapan di Guangzhou, bandar ketiga terbesar di China dengan populasi 10 juta penduduk, mendapat pujian. Kira-kira 10,156 atlet dan 4,202 pegawai pasukan dari 45 negara akan mengambil bahagian di Guangzhou apabila Sukan Asia dibuka secara rasmi pada 12 Nov dan berakhir pada 27 Nov. Negara-negara yang mengambil bahagian seperti China, Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara Asia Barat seperti Iran dan Iraq dijangka menonjol dalam pelbagai acara yang dipertandingkan pada Sukan Asia. Tuan rumah telah menaiktaraf sembilan venue dan membina lima venue baru untuk sukan itu. Sukan Asia merupakan sukan yang kedua terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik Musim Panas. -- BERNAMA

Antara kontinjen yang akan menjulang nama Malaysia, Berjuanglah.

(pasukan Hoki Negara)

(Ratu Bowling Negara)

"Kami ke Guangzhou untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Doha empat tahun lalu. Walaupun pemain sering bertukar ganti, kami mudah membentuk keserasian,'' katanya.

Azizulhasni Awang (Jaguh basikal trek negara)

''Saya akan berusaha untuk memenangi pingat emas pada kali ini," katanya

SELAMAT MAJU JAYA WAHAI PEJUANG NEGARA MASA KINI.
BAWA PULANG EMAS YANG BANYAK YE..=)

No comments: