WELCOME






'WELCOME TO MY BLOG
SUASANA SENJA'

KAWAN-KAWAN

PENGIKUT TEGAR

12 November 2010

Alasan Lelaki Mengapa Masih Single


(gambar hisaan)

sebenarnya aku jumpa entry ni dalam 1 blog ni secara tak sengaja. so aku rasa aku kongsi la kepada kawan-kawan yang berblogger juga. so harap tak ada pihak yang terasa hati atau termakan hati mahupun tertelan hati la ye.

1. Jual mahal

(kacak ker?)...
  • Biasanya lelaki kacak agak jual mahal berbanding lelaki yang 'biasa-biasa' sahaja. Keegoan yang tinggi menyebabkan mereka sentiasa berfikir bahawa diri mereka digilai oleh ramai wanita.

  • Oleh itu mereka menunggu wanita terbaik mendekati mereka. Sebaliknya wanita yang 'biasa-biasa' sahaja, bukan menjadi pilihan mereka.


2. Persepsi sukar di dekati
(Usha dari jauh je)
  • Wanita selalu berfikir bahawa lelaki yang kacak sukar untuk didekati kerana terlalu ramai peminat dan pasti tidak akan memandang wanita seperti mereka.

  • Apabila wanita berfikiran sebegitu, maka semakin tinggilah risiko untuk lelaki kacak terus single sampai ke tua.


3. Serik dikecewakan

(stress tahap dewa dah ni)
  • Ada lelaki yang memilih kehidupan solo kerana serik dengan pengalaman pahit yang mereka pernah lalui. Pengalaman dikecewakan oleh wanita menyebabkan mereka menjadi terlalu pemilih.

  • Lelaki yang dikecewakan ini sentiasa mengambil sikap berhati-hati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Baginya dia tidak perlu mempersiakan hidupnya hanya kerana seorang wanita.


4. Terlalu memilih


(pilihan keluarga
  • Lelaki selalunya hanya akan memilih wanita yang cantik untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup.

  • Akibatnya dia terpaksa menjalani kehidupan sendirian kerana merasakan belum menemui wanita yang benar-benar sempurna di matanya.



5. Terlalu banyak pilihan


  • Terlalu banyak pilihan juga menyebabkan lelaki sukar untuk membuat pilihan. Setiap calon mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Namun dia hanya boleh memilih satu daripadanya.

  • Untuk mengelakkan ada pihak yang berkecil hati, akhirnya lelaki kacak terpaksa menolak kesemua wanita yang hadir dalam hidupnya. Akibatnya, jadilah dia lelaki yang terus single hingga ke hari ini.


6. Mengutamakan kerjaya

(khusyuk bincang tu)
  • Ada lelaki yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga terlupa hendak membina rumah tangga. Yelah nak membina masjid perlu mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Biasanya mereka akan menyalahkan faktor-faktor tertentu seperti wang hantaran mahal,urusan majlis perkahwinan yang mahal dan pakej bulan madu mahal menyebabkan mereka belum mahu berfikir soal jodoh.

so harap semua happy la membaca ye.
aku pun bukan perfect pun.

"NOBODY PERFECT"


4 comments:

"missrivebell mumun" said...

nanti tukar pop up window for comment okeyh..
nice entry, good start 4 newbies..
so which category did you fall into? haha

mohd zaki said...

ape tu?..kn new bie..so dont know much lo...need to learn more.

ladyship said...

sokong gler entry neyhh

mohd zaki said...

sokong yang macam mane?..haha