terima kasih kepada yang telah mengucapkan kepada aku.
yang tak tu, aku tak kesah pun.
bukan ape.
fuhh tepat je 12 malam kebanyakan panggilan yang aku terima adalah daripada
keluarga aku sendiri la.
kawan cume ada 1 aje...(kawan istimewa)
haha
mula-mula daripada mak abah aku.
terima kasih mak abah.
kemudian sape ek, oh jay (adik aku)
next dpd joe (adik)
next si dayah, (adik). dia ni special sikit.
dia miskol aku. aku pun kol la balik...tak ape la, adik-adik macam-macam
ragam..haha
di ikuti , abg yik, abg atul, kak mie dan kak t yang bawak makan-makan.
haha...
mula-mula jalan-jalan, tapi dah lapar, makan la dekat
secret recipy...
aduh, aku x minat kek yang manis, tapi bila
je tengok kek dekat meja tu nyum nyum..berselera pulak...
nama kek aku dah lupa, yang aku ingat hazelnut dekat nama kek tu.
nama kek aku lupa, tp ni la rupanya.
aku bukan penggemar kek.
minum air choc...nama pun aku lupa..haha...
aku tahu minum dan makan je, nama aku tak ingat.
biasalah bila nampak je makanan terus lupa semua benda.hihi.
ah, aku jadi mangsa menghabiskan makanan.
ni pulak akak aku punya spageti meat ball.
pelik aku boleh ingat nama ni pulak...kahkah.
aku kene habiskan.rase perut nak meletup.
memandangkan ini 1st time aku makan sini, so aku makan saja la..
bila dah selesai makan semua makanan, rehat sekejap.
aku pun berlagak la seperti jurukamera yang beginner.
minat ambil gambar, tapi kamera handphone aje.
teknik aku gune blur2, scope pada 1 benda aje. ni aku belajar
time dekat kelab fotografi dulu dan aku dengar daripada
orang yang jual kamera masa aku pergi Persada time pc fair tahun lepas.
(scope depan, belakang blur)
(scope belakang, blur depan)
lepas bayar, kami beredar.
pulak-pulak kereta macam tak ok.
pergi la bengkel abg lan,
abg lan ni bakal abg ipar kepada abang aku.
panggil ape ek, aku panggil brother lan je.
tahu ape masalah nya dengan kerata?
brake pad sudah abis da~~~...
so time ni la kami tunggu brape pad ini ditukar.
kos ganti RM70.00 sahaja untuk sepasang, kiri dan kanan.
tak boleh ganti sebelah aje k. nanti brake tak stabil.
tu harga barang sahaja, upah tak masuk sebab dah macam sedara dah.
so bertolak kami pergi ke Jusco Tebrau City.
tup tup sampai jj tebrau.
buat ape?
tengok wayang..haha...
menghabiskan waktu yang ada.
time jalan tu, jumpe la hanisah hamid melepak bersama kawan cikgu nya. duduk dekat
tepi kedai...sekali imbas macam kenal...sekali betul lah c hanisah.
sessi jejak kaseh pun start....tak lama chat pun.
sebab nak beli tiket wayang yang belum beli..plan nak balik awal, so kene lah beli tiket
wayang yang tayang awal....
time jalan tu, jumpe la hanisah hamid melepak bersama kawan cikgu nya. duduk dekat
tepi kedai...sekali imbas macam kenal...sekali betul lah c hanisah.
sessi jejak kaseh pun start....tak lama chat pun.
sebab nak beli tiket wayang yang belum beli..plan nak balik awal, so kene lah beli tiket
wayang yang tayang awal....
tengok apa?
cerita baru.
tajuk?
Season Of the Witch.
jalan cerita nya macam tak masuk. sebab nicholas cage ni parajurit
yang berjuang atas nama tuhan la time tu.
tetibe dia keluar army, merantau.
tetibe je kene jadi pengapit untuk hantar seorang perempuan yang
disyaki seorang ahli sihir.
lepas hantar si paderi yang nak hancurkan tu cakap perempuan tu
bukan witch,rupanya devil.
tak banyak action pun dalam cerita ni.
kurang best.
rugi tengok.
aku menyeasal.haha....
kami pulang dekat pukul 10 mlm.
solat isyak, dan tidur.
umur aku sudah bertambah..haha
tahun depan berkemungkinan besar aku yang kene belanje pulak...haha..
1 comment:
haha you owe me secret recipy kan?
Post a Comment