WELCOME






'WELCOME TO MY BLOG
SUASANA SENJA'

KAWAN-KAWAN

PENGIKUT TEGAR

12 December 2010

JAWATAN KOSONG

Posted: 09 Dec 2010 11:09 AM PST
Jawatan Kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia


PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT ( GRED F 41 )


 








Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia :-

1. (a) Jawatan : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT ( GRED F 41 )

(b) Taraf Jawatan : Tetap

(c) Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional

(d) Gred & Jadual Gaji : F 41

P1T1 RM 1,899.01 – P1T25 RM 4,715.47
P2T1 RM 1,995.02 – P2T25 RM 4,988.08
P3T1 RM 2,095.21 – P3T25 RM 5,284.57

(e) Syarat Lantikan :-

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-

i) Warganegara Malaysia;

ii) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii) a) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1T1); atau

b) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1T3); atau

c) Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh IKLAN JAWATAN KOSONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT ( GRED F 41 ) kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1T6); atau

d) Ijazah Doktor Falsafah ( Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1T9); dan

iv) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara on – line melalui laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia di alamat http://ejawatan. llmnet.gov.my/index.html  mulai 6 Disember 2010 hingga 19 Disember 2010.

3. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Disember 2010.

4. PERMOHONAN DITOLAK
Permohonan akan ditolak sekiranya:

i) Tidak lengkap;

ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan

iii) Permohonan diterima pada atau selepas tarikh tutup permohonan.

CATATAN AM

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.


No comments: