Baru sahaja pulang daripada Batu Pahat, Johor bertolak dari sana tadi pukul 11.30mlm, sampai di senai pada pukul 1 pg,singgah sebentar di gerai mamak bersahur,sunat. Makan la sekeping roti nan. Tengah makan terfikir sejenak info daripada meeting bersama bos J.J Tan di Batu Pahat pada malam tadi. Berkenaan dengan perancangan kewangan diri. Saya yang baru menceburkan diri dalam Unit trust ni baru ternampak semua ini. Tapi bagaimana mereka yang tidak tahu atau tidak menitikberatkan hal ini?
Hmmm…kalau ikut statistic sahaja hampir ke semua pesara akan menghabiskan duit simpanan kwsp mereka tidak sampai 3 tahun. Apa makna semua ini? Makan emas? Ia disebabkan oleh kadar inflasi yang semakin mengikat selaras dengan taraf kemodenan Negara. Inflasi meningkat, harga barangan pn meningkat la setaraf. Jadi, pada pendapat anda cukup ke kita menyara kehidupan kita selepas bersara dengan dengan menggunakan wang simpanan kwsp sahaja? Saya yang belum berumah tangga ni pn dh mula mencongak dan berkira-kira.
Sebenarnya ada jalan penyelesaian nya, dengan syarat kita perlu sabar dan sabar. Tetapi bagaimana?cara memang banyak cara, tetapi cara yang bagaimana sesuai dengan kita itu yang kita perlu tahu. Saya sudah jumpa, kalau nk share di sini sampai subuh pun tidak habis. Pe kata pekena teh O sambil dengar saya membebel.haha…gurau sahaja. Kalau betul nk share saya tidak kisah, lagipun ilmu kan untuk di kongsi, keputusan di tangan anda.
2 comments:
share lah sikit der...xkan save sorang2
1st of all, sudikah anda mendengar nya?...hahaha
Post a Comment